SEJARAH KOPERASI SEKOLAH

KOPERASI SEKOLAH MENENGAH SAINS MUAR BERHAD
TIADA HARI TANPA PRESTASI

1.       Sejarah :
Koperasi Sekolah Menengah Sains  Muar Berhad didaftarkan pada 20 Ogos 1985 dengan nombor pendaftaran KS 493 dan menjadi ahli ANGKASA pada 17 Ogos 1988 dengan nombor rujukan JR 176.



2.       Pengurusan :
Koperasi ditadbir oleh 16 orang ahli lembaga yang terdiri dari 7 orang guru dan 9 orang pelajar. Di samping itu koperasi juga melantik 2 orang guru penasihat dan menggaji sepenuh masa 3 orang kakitangan, iaitu seorang penolong pegurus, seorang jurujual dan seorang guru computer.



3.       Mesyuarat Ahli Lembaga :
Pada dasarnya mesyuarat ahli lembaga diadakan sekali dalam masa sebulan, tetapi kerana kesibukan agenda akademik kadang-kadang mesyuarat terpaksa diadakan 2 kali dalam masa 3 bulan.



4.       Keahlian :
Semua pelaja Sekolah Menengah Sains Muar adalah ahli koperasi dan kira-kira 20% guru dan kakitangan adalah ahli berdatar.



5.       Lokasi :
Kedai Koperasi terletak di bahagian hadapan gymnasium menghala ke jalan masuk utama sekolah. Bangunan ini adalah bangunan koperasi sendiri yang dibiayai pembinaanya dalam tahun 1992 dengan harga RM 38,000.00. Pada tahun 1994 koperasi membina sebuah lagi bangunan berharga RM 14,000.00 untuk projek mesin basuh.
Kelas computer terletak di tingkat 3 bangunan ilmu. Semua 15 unit computer yang terdapat di sini adalah kepunyaan koperasi sepenuhnya.
Mesin vending terdapat sebuah di dewan makan dan sebuah lagi di gimnasium.



6.       Kegiatan :
6.1   Kedai Koperasi :
6.1.1          Kedai runcit
6.1.2          Kedai alat tulis
6.1.3          Keperluan harian dan hiasdiri
6.1.4          Pakaian seragam asrama
6.1.5          Makanan ringan, roti dan biskut
6.1.6          Minuman kotak, botol dan air mineral
6.1.7          Filem, disket dan riben penceta computer
6.1.8          Cendermata


6.2   Perkhidmatan :
6.2.1          Mencuci filem dan gambar
6.2.2          Fotostat
6.2.3          Bak koperasi
6.2.4          Penjelasan cek
6.2.5          Air mineral
6.2.6          Kad telefon
6.2.7          Tempahan kek
6.2.8          Skim insuran kemalangan berkelompok
6.2.9          Setem pos



6.3   Komisen Jualan Malam :
Makanan seperti burger, nasi lemak, mee, soto, goring pisang, keropok dan lain-lain.



6.4   kontrak dan Projek :
6.4.1          Lebihan makanan asrama
6.4.2          Senggaraan paip sekolah/asrama
6.4.3          Senggaraan bilik air dan tandas asrama/sekolah
6.4.4          Penginapan dan makanan masa cuti
6.4.5          Bekalan makanan kering dewan makan
6.4.6          Sewaan kemudahan fizikal sekolah dan peralatan sukan



6.5   Mesin Vending :
6.5.1          Air cawan berkarbinat F&N
6.5.2          Air kotak Drinho



6.6   Kelas Komputer :
Semua pelajar tingkatan 4 adalah diwajibkan mengikuti kelas komputer – program Wordstar 6.


6.7   Mesin Basuh :
Perkhidmatan ‘wash to spin’ . Koperasi mempunyai 3 unit mesin basuh muatan hadapan dengan kapasiti 5 kg setiap satu.




7.       Prestasi Koperasi :



Tahun
1986
1987
1988
1989
1990
1991
1992
1993
1994

Keahlian
599 orang
740 orang
795 orang
840 orang
862 orang
815 orang
827 orang
856 orang
901 orang

Saham
RM 3,400.00
RM 4,104.00
RM 4,149.00
RM 4,137.00
RM 4,727.00
RM 4,501.00
RM 4,784.00
RM 5,475.00
RM 5,835.00

Untung Bersih
RM 14,329.71
RM 11,193.84
RM   2,003.00
RM   5,430.18
RM 28,492.50
RM 22,462.99
RM 31,519.77
RM 11,876.80
RM 20,000.00 (agg)





No comments:

Post a Comment